Keputusan AJL25
Persembahan terbaik: Faizal Tahir "Hanyut"
Tempat ke3: Hafiz Af8 "Noktah Cinta"
Tempat ke2: MUH & Black "Drama King"
Anugerah Juara Lagu25: Ana Raffali "Tolong Ingatkan Aku"
AJL tahun ni idak seperti tahun-tahun lepas kerana ramai finalis AJL25 merupakan bakat bakat baru dalam industri tanah air kita dan juga penggiat seni independent.
Penyanyi penyanyi dari program realiti juga mendominasi dalam senarai finalis AJL25 tahun ini dan antaranya merupakan Faizal Tahir OIAM1, Tomok OIAM3, Stacy AF6, Hafiz AF7, Shahir dan Adira AF8 dan Black Mentor3.
Selain daripada itu, band band dan penyanyi Indi juga mendominasi dalam AJL25 kali ini dan antaranya ialah MUH, API. Hujan, Bunkface, Yuna dan Ana Raffali.
Keputusan AJL25 telah pun diketahui pada Ahad lalu, namun sejurus selepas keputusan diumumkan, ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan Ana Raffali. ini bukanlah pendapat diri saya sendiri namun ternyata jelas di laman Facebook dan Twitter kerana ramai yang "post" rasa tidak puas hati mereka tentang kemenangan lagu "Toong Ingatkan Aku" ciptaan dan nyanyian Ana Raffali.
Memandangkan ramai yang memberi pendapat dorg, so i pun nak BUZY BODY la nak comment tentang kemenangan Ana Raffali ini. Secara peribadi saya mula meminati lagu ini bila mendengar lagu ini semasa Semi Final 2 AJL25 pada bulan NOV yang lalu dan itulah pertama kali saya mendengar dan bersua muka dengan Ana juga.
Di ruangan ini saya sememangnya DIE HARD FANs FT namun saya tetap berpuas hati dengan keputusan juri kerna lagu "Tolong ingatkan aku" sememangnya layak untuk memenangi AJL25. Saya berpendapat demikian kerana saya lebih kepada penyokong industri tanah air dan tidaklah adil jika saya mempertikaikan kemenangan Ana Raffali kerna saya meminati FT atau Yuna atau MUH.
Yang peliknya, ramai yang mempertikaikan kemenangan lagu ini. Kenapa nak mempertikaikan?? Saya yakin dan percaya yang lagu ini ada keunikan dia tersendiri dan menepati piawaian AJL25 dan sebab itulah dia layak untuk menang.
Pendapat saya even kalau Dato' Siti ikut tanding pun, kalau dia menang, conform ramai yang tak puas hati juga sbb ada yang akan menyatakan "Asyik asyik Dato Siti yang menang".
So sekarang Ana Raffali dan menang, juga dipertikaikan. Kenapa? (tepuk dada, tanyalah selera....)
Di sini saya ingin menyatakan bahawa, jika kita mempertikaikan kemenagan Ana Raffali, bermaksud kita mempertikaikan keputusan para juri. Jika kita tidak menyokong dan terus mendorong penggiat seni tempatan, siapa lagi yang akan berbuat demikian. Oleh itu, fikir fikirkanlah....
Sekian, IKHLAS dan JUJUR
No comments:
Post a Comment